Media Statement

Malaysia Economic Development Berhad

Media Statement


KENYATAAN MEDIA MALAYSIA ECONOMIC DEVELOPMENT BERHAD

10 MAC 2020

SEKALUNG TAHNIAH DARIPADA MEDB KEPADA BARISAN KABINET YANG BAHARU, SEMOGA USAHA PEMBANGUNAN NEGARA AKAN LEBIH MANTAP LAGI

 

Malaysia Economic Development Berhad (MEDB) mengucap tahniah ke atas pelantikan baharu Menteri-Menteri Kabinet di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MEDB sebagai salah satu pemangkin pembangunan ekonomi Malaysia, yakin barisan Kabinet yang baharu ini akan dapat terus berusaha dengan lebih gigih lagi serta dengan lebih berkesan dalam merangka langkah-langkah yang positif dan berciri peduli-rakyat ke arah meningkatkan prestasi ekonomi dan kemakmuran Negara. Dengan pelantikan barisan Kabinet terkini, maka pengharapan rakyat juga telah diperbaharui agar Negara tercinta ini akan dipimpin dengan lebih cekap dan efektif untuk dikembalikan semula ke era gemilang yang pernah dilalui dan dinikmati oleh rakyatnya dahulu.

Kerajaan baharu ini digesa agar segera merancang strategi ke arah pembukaan lebih peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat, khususnya warga belia, serta mengeratkan lagi perhubungan dua-hala di rantauan ASEAN dan APEC terutamanya dalam perhubungan perdagangan dan dengan kerajaan rantauan supaya dapat meningkatkan lagi prestasi KDNK Negara.

MEDB akan terus bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan dalam usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi Negara dan berkeyakinan bahawa objektif Kerajaan meningkatkan tahap kehidupan dan pendapatan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama boleh dicapai bersama.

Selamat menjalankan tugas!

 

AARON YAP

Pengarah, Hal-Ehwal Kerajaan dan ASEAN   

Malaysia Economic Development Berhad (MEDB)

 

 

 

 

Related items

Find out more

Contact us today to speak or meet with one of our experts to find out more about how MEDB can support you through proof of concept or help you develop the right business case and enable you to get up.